Wednesday, 25 April 2018

Bantu Ayah Bonda Pergi Haji

  Bantu Ayah Bonda Pergi Haji 

Memenuhi panggilan haji yang lama dinanti-nanti.

Wah, seronoknya jika dapat menunaikan fardu haji sambil membantu kedua-dua ibu bapa. Pastinya pengalaman itu menjadi kenangan paling manis ketika di dunia.  

Masakan tidak, inilah peluang keemasan kepada seorang anak untuk meraih redha Ilahi melalui redha ibu bapa tercinta. Ketika ayah dan ibu hilang tenaga untuk melangkah, siapa lagi yang lebih layak memaut tubuh mereka di depan Kaabah?  

Sanggupkah kita membiarkan ibu bapa yang telah tua dan lemah, tanpa sesiapa menjadi pengiring, meredah lautan manusia? Sedangkan kita yang sihat hanya menanti khabar berita dari Tanah Suci.

“Macam mana nak jadi pengiring haji ibu bapa?
Duit tak ada.”

 

Berbeza dengan buku haji yang lain, buku ini menceritakan:
kisah seorang anak yang tidak berharta, dipilih Allah SWT menjadi pengiring haji kepada kedua-dua ibu bapa tercinta; warga emas lagi uzur. Lalu mereka pasrah menyelit diri, di celah-celah lautan manusia yang mengejar haji Mabrur. 

Buku ini mendapat Geran Malaysiana, di bawah program Pembangunan Manuskrip, Perbadanan Kota Buku.

Kita sedar, pergi haji bererti menjadi tetamu agong kepada Allah SWT. Kita bakal melengkapkan rukun Islam yang kelima. Andainya kita dikurniakan haji Mabrur, tiada balasan dari Allah SWT melainkan syurga. Bukankah ini yang sentiasa kita idam-idamkan?
Dengan haji yang diterima, kita menjadi bersih seperti bayi yang baru dilahirkan. 
Menunaikan haji juga bererti kita berjihad dengan jihad yang paling utama. Malah, kita mendapat bahagian di dalam doa keampunan oleh baginda Rasulullah SAW.

Menyantuni pembaca Travelog Haramain. 
Dengan pelbagai ganjaran yang terbentang, pasti kita juga mahu cepat-cepat pergi haji. 
Namun, bagi penduduk Malaysia, jika kita berkunjung ke Tabung Haji hari ini dan mendaftar haji untuk diri sendiri, besar kemungkinan kita terpaksa menunggu giliran haji selama 80 tahun lagi. 

Hal ini terjadi disebabkan adanya bilangan kuota jemaah haji yang diperuntukan kepada setiap negara, oleh kerajaan Arab Saudi. 

Tahun 2017, 30200 orang sahaja yang berpeluang menunaikan ibadah haji. 
Bagaimana jika umur kita sekarang 40 tahun? Masih hidupkah kita untuk menyahut seruan haji ketika usia 120 tahun?
“Bang, ibu bapa saya dapat pergi haji. Mereka dah tua. Nak angkat beg pun tak larat. Giliran haji saya lambat lagi. Apa nak buat?” 

“APA NAK BUAT?” 

Haa, ini caranya. 
Kita boleh menjadi pengiring haji.


Pelajari bagaimana mendapatkan peluang menjadi pengiring haji, persiapan sebelum menjadi pengiring dan tugas anda sebagai pengiring haji kepada VVIP, iaitu kedua-dua ibu bapa anda yang tercinta.  

Han Hanif, pengiring haji ibu bapa tercinta.

Kini, melalui buku Travelog Haramain Mengiringi Ibu Bapa Tercinta, saya mendedahkan pengalaman sebenar menjadi pengiring haji, selama 46 hari, berihram selama 29 hari, menggunakan khidmat pengurusan haji, Lembaga Tabung Haji dengan penuh yakin!


"Bagus buku ini," kata Datuk Shahrom, Kuala Kangsar, Perak.

Menyerahkan senaskhah buku kepada wakil Perbadanan Kota Buku,
Tuan Shamsul Amin. 

Bersama Tuan Zamri Mohamad

TIDAK SEPERTI BUKU PANDUAN LAIN, 
“BUKU INI MENYENTUH PENGALAMAN ANAK MEMBAWA AYAH DAN IBU MENUNAIKAN HAJI. 

SETIAP BAB DILIHAT DARI KACA MATA ANAK,” 

kata Tuan Zamri Mohamad, guru penulisan di kursuspenulisan.com.


Apa faedah jika anda membaca buku ini?

Buku Travelog Haramain Mengiringi Ibu Bapa Tercinta ini bukan sahaja dapat membantu anda mengatur langkah menjadi pengiring haji, malah menyiapkan diri dengan ilmu bagaimana menguruskan ibu bapa yang telah tua,  menyantun warga emas yang uzur, sambil menjaga kualiti terbaik ibadah haji.
Membawa rasa terharu, segar dan lucu, buku ini mendorong pembaca agar:
i) peka tentang adanya tugas pengiring haji 
ii) sentiasa menyantun ayah bonda supaya mudah mendapat keredhaan 
     Pencipta
iii) keluar daripada zon stress ketika menunaikan ibadah haji
iv) bersedia menunaikan ibadah haji yang berkualiti tinggi
v) yakin dengan khidmat pengurusan haji oleh Lembaga Tabung Haji,
    sebagai antara yang terbaik di dunia. 

Anda Selalu Bertanya :

Bila agaknya dapat rezeki pergi haji?
Berapa banyak duit perlu disediakan?
Bagaimana hendak bermula?
Kalau daftar tahun ini, tak bolehkah Tabung Haji bagi pergi cepat sedikit?
Kalau tak cukup duit macam mana?
KT itu apa?
Kenapa ada yang terus ke Mekah? Bukankah masa atuk pergi haji, beliau ke Madinah
    dahulu?
Apa yang nak disediakan?
Macam mana keadaan di Mekah nanti?
Setiap hari, apa tugas pengiring?

Jangan risau! Bukan soalan-soalan itu sahaja, malah banyak kemusykilan lain lebih hebat pasti terjawab. Contohnya,

Dalam keadaan terdesak, apakah patut dilakukan?
Apakah cabaran utama ketika jadi pengiring?
Bagaimana hendak membantu kedua-dua ibu bapa secara serentak di kemuncak musim haji?
Dengan satu kerusi roda, bagaimana seorang anak dapat membantu melengkapkan segala rukun
    dan wajib haji kedua-dua ibu bapa?
Jika sepanjang masa mengiringi ibu bapa, bila pula pengiring hendak buat haji? Sempatkah
    pengiring melengkapkan segala rukun dan wajib haji untuk dirinya sendiri?
Apa jadi jika pengiring sendiri mengalami stress?
Bagaimana seorang pengiring dapat mencipta ruang untuk diri sendiri, tanpa mengabaikan 
    tanggungjawab terhadap orang yang diiringi?
Bagaimana mengelolakan ibu bapa yang sakit ketika di Madinah, Mekah, Arafah, Muzdalifah
    dan Mina?
Bagaimana mengurangkan bebanan kedua-dua ibu bapa?
Bagaimana sikap proaktif dapat membantu seorang pengiring mengharungi setiap cabaran?
Adakah peluang kepada pengiring untuk berbakti dan menolong sesama ahli jemaah yang lain? 
Adakah pengiring sempat merasa bahagia dan seronok sepanjang tempoh haji? 




Masa begitu pantas berlalu. Ketika ini, mungkin ada senyuman ibu bapa yang semakin layu. Langkah kaki tidak lagi laju-laju seperti dahulu. Tubuh dihinggap penyakit, nafas semakin pendek. Walau dekat hala tujuan, mereka perlu ditemankan.
Jika ada peluang, kita mahu pergi haji bersama mereka. Kita rela melakukan apa sahaja, asalkan kedua-dua ibu bapa puas beribadat hingga ke depan Kaabah. Kita mahu mereka bahagia. 

Namun, oleh kerana kekurangan maklumat sehingga soalan-soalan seperti di atas tidak terjawab dan tidak ada buku panduan yang baik, akhirnya impian tidak menjadi kenyataan. Sudahnya, kita terkilan. Seolah-olah tidak ada apa yang boleh kita usahakan. Walhal, ada peluang besar untuk kita menjadi pengiring haji.
Dengan sebab itu, buku Travelog Haramain Mengiringi Ibu Bapa Tercinta ini ditulis untuk merungkai segala masalah dan menjawab semua soalan. Semoga lebih ramai pembaca dapat berbakti melalui tiket pengiring haji. 

Dengan membaca buku ini, anda dapat :
a) Jimat masa dengan mengambil langkah-langkah yang betul dan terancang.
b) Jimat Duit. Anda tahu membezakan antara keperluan dan kehendak atau tidaklah sampai 
    membeli ikut nafsu.
c) Jimat Tenaga. Anda tidak perlu tercari-cari informasi sebab anda sudah ada panduan 
    secukupnya. 

SIAPA YANG PATUT BELI BUKU INI?

Anak-anak yang berhajat memimpin tangan ayah dan ibu di depan Kaabah. 
Ibu bapa yang sedang merancang untuk menunaikan haji dan umrah bersama anak-anak. 
Bakal-bakal jemaah haji.
Para Haji dan Hajah yang sentiasa merindui Kaabah dan Rhaudah. 
Semua peringkat umur kerana cerita ini merentas budaya dan universal.


Berapa harga buku Travelog Haramain ini?

Harga sebenar: RM29.90

Super Save Preorder hanya RM25.00.
Dapatkan sekarang sebelum terpaksa membayar harga sebenar. 
Jangan cakap abang tak payung besar.

Bayangkan, dengan hanya melabur RM25.00, anda dipandu langkah demi langkah, satu per satu, mengikut kronologi ibadah haji. Dengan hanya membaca cerita, anda dapat merasai pengalaman seorang pengiring haji tanpa pening kepala, keliru dan lelah. Insya-Allah anda semakin yakin untuk menjadi seorang pengiring haji yang hebat. 

Sekiranya anda fikir pelaburan ini terlalu tinggi, fikirlah bagaimana Han Hanif terpaksa melalui segala cabaran sebelum dapat menulis dan kini dengan begitu mudah berkongsi ilmu supaya anda senang mengiringi ibu bapa tercinta.  

Fikirkan juga tentang cabaran mengumpul ilmu, menggarapnya dengan baik dan menyusunnya supaya anda senang faham. 

Matlamat yang paling penting adalah supaya anda mula mengatur strategi hari ini sehingga berjaya menyantun kedua-dua ayahanda dan bonda menunaikan rukun Islam yang kelima. 
Saya kira di tahap ini, anda juga sedar yang harga RM25.00 bagi membeli buku Travelog Haji Mengiringi Ibu Bapa Tercinta ini terlalu murah berbanding dengan ilmu yang akan anda kecapi.

Anda juga pasti mendapati setiap maklumat di dalamnya amat penting, boleh diaplikasi oleh sesiapa sahaja dan ditulis dengan bahasa yang mudah dan tersusun. 

Oleh itu, dapatkan buku Travelog Haramain Mengiringi Ibu Bapa Tercinta hari ini juga!
Untuk hari ini, segala panduan untuk anda jadi pengiring haji terbaik hanya bernilai RM25.00. 



Cara melanggan:
Pembayaran secara online/transfer fund ATM/ deposit tunai ATM ke akaun Abu Hanifah Bin Abu Bakar. 

Maybank : 164173606180
CIMB       :  7028371977

*Jumlah : RM25.00 + RM8 (poslaju) = RM33.00* Semenanjung
                  RM25.00 + RM12 (poslaju)=RM37.00 Sabah/Sarawak

*Tawaran harga Super Save Preorder ini akan tamat bila-bila masa sahaja. 

Selepas buat pembayaran, sila pm/whatsapp/e-mel maklumat di bawah dengan lengkap. Maklumat lengkap penghantaran selamat. 

1) resit / bukti pembayaran 
2) nama 
3) alamat penuh
4) alamat e-mel 
5) nombor whatsapp

https://www.facebook.com/hanhajihanif
Whatsapp Han Hanif : 0103995663
E-mel Han Hanif : acu.han@gmail.com

Terima kasih kerana sudi berurusan. Jumpa lagi. 

Rezeki Selepas Haji

Assalamualaikum wbkt.
Kepada anda yang suka mencari informasi, saya doakan semoga anda kekal sihat dan dimakbulkan segala doa yang baik.

Han Hanif
Penulis dan penulis upahan (ghostwriter).


Saya, Han Hanif. Selepas menunaikan haji, rezeki saya terbuka untuk menjadi seorang penulis buku, penulis upahan dan usahawan. Syukur alhamdulillah. Sungguh, segala kepayahan ketika menjadi pengiring haji, dibalas Allah SWT dengan pelbagai rezeki; satu demi satu.

Terkini, saya berasa gembira hendak menguar-uarkan tiga perkara.

Pertama, saya akan berkongsi pengalaman menjadi pengiring haji, dalam slot Rehat dan Baca, Khamis 3hb Mei, di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, PBAKL 2018.

Kedua, Kembara Haramain adalah dalam bentuk e-Buku. Ada lebih 12 bab dan semua foto berwarna. Insya-Allah akan dipamer kepada para delegasi luar negara, yang terlibat dalam proses perlesenan hak cipta, pada sesi KLTCC 2018. Insya-Allah.

KLTCC: Kuala Lumpur Trade and Copyright Centre.

Kembara Haramaian ini dalam bentuk e-Buku (ebook).
Lebih 12 bab berbanding buku Travelog Haramain Mengiringi Ibu Bapa Tercinta.  

Ketiga, Travelog Haramain pula adalah buku fizikal yang saya jual sendiri. Ada
i) 177 muka surat,
ii) 31 bab,
iii) 44 gambar,
iv) 1 puisi
v) 3 rajah
vi) 1 kata-kata Lukman al-Hakim

Buku Travelog Haramain ini diterbitkan sendiri oleh Han Hanif,
di bawah program Pembangunan Manuskrip, Geran Malaysiana, Perbadanan Kota Buku.




Sinopsis buku dan e-Buku:
Cerita seorang anak yang tidak berharta, dipilih Allah SWT mengiringi ibu bapa; warga emas lagi uzur, menunaikan fardu haji. Lalu mereka pasrah, menyelit diri di celah-celah lautan manusia yang mengejar Haji Mabrur.

Karya-karya tersebut mendapat Geran Malaysiana daripada Perbadanan Kota Buku.


Buku Travelog Haramain dan e-Buku Kembara Haramaian sangat berbaloi untuk anda yang sedang mencari maklumat tentang pengalaman haji terutama menjadi pengiring kepada ibu bapa tercinta. 

Salam ikhlas,
Han Hanif
https://www.facebook.com/hanhajihanif
whatsapp: 0103995663

Monday, 23 April 2018

TRAVELOG HAJI: Mujur Prostate Selepas Haji


Walaupun dibenarkan keluar wad, pesakit perlu pakai tiub.

Tanpa tiub, sakit yang amat meneran kencing. Tiub dimasukkan ke dalam salur kencing melalui kemaluan.

Itulah yang dialami oleh pesakit prostate. Sakit tak boleh buang air kecil secara normal. Penyakit yang mula hinggap kepada kaum Adam bermula dari umur 40 tahun.

Bapa saya berumur 87 tahun. Prostate bapa membengkak, lalu menyumbat laluan air kecil.

Sudah seminggu bapa keluar dari hospital. Tinggal seminggu lagi jaraknya untuk rawatan susulan. Selepas itu, entah boleh ditanggalkan tiub, entah tidak.

Tanggal dan pasangkan tiub, ada caranya. Bukan boleh main kasar.

Dalam satu insiden, saya bagai nak bertempik kepada Pembantu Perubatan di klinik kesihatan.

Walaupun saya dibalik tirai, perit betul bapa menahan sakit. Bapa saya tak pernah meraung. Cara dia mengerang, saya tahu sakit sangat.

Di hospital, doktor pakar perlu menukar tiub.

Tiub sedia ada, satu saluran masuk, dua cabang keluar. Tiub yang baru, satu masuk, 3 cabang keluar. Salah satu cabang gunanya untuk masukkan air; mencuci bahagian dalaman.

Bapa tak setuju. Datang dua orang doktor lagi. Mereka cuba memujuk.

Bapa tak sanggup menanggung perit semasa ditanggal dan dimasukkan tiub. Setiap kali masuk tiub, mesti banyak darah mengalir keluar bersama air kencing.

Doktor pakar pun ada beritahu, itu kesan luka akibat tiub.

Tirai diselak. Salah seorang doktor menghampiri saya. Beliau mohon kerjasama.

Hati tak sanggup melawan bapa. Apalagi menyeksa dirinya. Tapi itu prosedur.

Saya terpaksa berfikir yang baik-baik. Saya beri kata setuju. Para doktor lega. Bapa mengerut muka.

Doktor perempuan berlalu pergi. Doktor pakar dan doktor pelatih sedia menjalankan prosedur. Tirai ditutup.

Saya memasang telinga. Tiub mula ditanggalkan. Bapa mendengus. Doktor pakar mula memberi arahan.

"Jangan tahan nafas, pak cik. Bernafas macam biasa."

Kali kedua, tinggi sedikit nadanya. "Jangan tekan, jangan tahan nafas, pak cik. Bernafas macam biasa."

Kali ketiga, lagi tinggi nadanya. Selesai. Misi berakhir dengan gelak ketawa.

Tirai dibuka. Saya minta penjelasan.

Hmm, kena ada pakar juga. Baru okay.


TRAVELOG HAJI: Rezeki Dari Ilahi


Lewat sejam, aku menjenguk keluar. Hari masih gelap. Tak nampak pun burung-burung.

Melodi kicauan menyegarkan.
Berpagi-pagi, sedia terbang mencari rezeki. Tawakkal dengan pemberian Ilahi.

Sedangkan haiwan gigih berusaha, begitu pula perlunya manusia.

Hari ini, aku akan sambung kerja meracun. Mudah-mudahan ibu bapa bisa senyum. Seperti senyuman mereka ketika aku menjadi pengiring haji.

Siapa sangka, masa dompet kering itulah datang rezeki pergi haji.

Menunaikan fardu haji memang susah. Sebab itu juga, hati meronta supaya menulis.

Travelog Haramain dalam bentuk buku fizikal.

Mudah-mudahan banyak yang membaca. Semoga dapat meringankan beban-beban Duyuf Al Rahman (tetamu-Nya).

Luasnya ilmu Tuhan. Walau rasa lengkap bersedia, tetap ada ujian istimewa; sesuai dengan keupayaan setiap hamba menempuhnya.

Semoga kalian dijemput ke Tanah Suci. Mudah-mudahan dikurniakan Haji Mabrur. Dosa diampun, dibalas dengan syurga.

Itulah setinggi-tinggi anugerah dari Pencipta; Yang Maha Esa.

Kembara Haramain dalam bentuk e-Buku (ebook).
Dipamer untuk perlesenan antarabangsa sempena KLTCC 2018, di PWTC.
KLTCC: Kuala Lumpur Trade and Copyright Centre



Sunday, 22 April 2018

TRAVELOG HARAMAIN: Musim Haji dan Air Zamzam

Buku Travelog Haramain ini mendapat Geran Malaysiana daripada Perbadanan Kota Buku. 

Musim haji bermula dari tarikh 1 Syawal hingga 10 Zulhijjah.

Kita sedia maklum, Syawal adalah bulan kesepuluh dalam takwim hijrah. Maksudnya, lebih kurang dua bulan sahaja lagi para bakal haji akan bertolak ke Tanah Suci.

Sekarang sudah bulan syaaban; bulan kelapan hijrah.

Mulai tahun ini, para jemaah haji Malaysia akan berkumpul di Kompleks Tabung Haji KLIA. Bangunannya di sebelah KLIA. Bukan lagi di Kelana Jaya.

Ini sudah tentu memudahkan para bakal haji dan kaum keluarga. Malah meningkatkan lagi kecekapan pengurusan jemaah oleh pihak Tabung Haji.

Di Masjidil Haram pula, projek penambahbaikan telaga zamzam kira-kira 20 meter dari Kaabah, dijangka siap pada akhir bulan Syaaban 1439H.

Wah! Kepada bakal tetamu Allah pada bulan Ramadhan tahun ini, tentu sudah tidak sabar hendak melihat sendiri telaga yang berusia 5000 tahun dan dipercayai sebagai telaga tertua di dunia.


Kredit foto lokasi telaga zamzam, www.ismaweb.net


Tahun 2001 dan 2002, telaga zamzam masih lagi dibuka. Seperti para jemaah lain, saya juga tidak melepaskan peluang, turun dan nampaklah air zamzam yang membuak-buak, malah tidak pernah kering sejak dahulu.

Sedangkan, jika jemaah haji membawa pulang hanya 5 liter air zamzam seorang, sekurang-kurangnya sebanyak 50 juta liter air zamzam telah digunakan setahun.

Bayangkan dengan kedalaman 30 meter, telaga zamzam ini mengepam air sehingga 18.5 liter sesaat. Dengan kandungan kalsium dan magnesium yang tinggi, tidak hairanlah air zamzam mampu menyihatkan badan, malah menyembuhkan penyakit.

Ketika di Masjidil Haram, kita ingin membuat kebaikan sebanyak mungkin. Tambahan pula ganjaran 100,000 pahala hanya boleh diperolehi di Tanah Suci Makkah.

Lalu kita akan sibuk beribadah dan cuba sedaya upaya membantu sesama ahli jemaah dan orang lain. Sehingga ada yang sanggup menggendong warga tua melakukan tawaf. Hmm, dahsyat sekali usaha mencari pahala.

Namun, kita mungkin lupa satu perkara. Jika kita menggendong orang untuk menyempurnakan tawaf, orang yang digendong sahaja akan mendapat pahala. Ini berbeza apabila kita menolak kerusi roda; orang yang ditolak dan menolak akan sama-sama dapat pahala.




KEMBARA HAJI / HARAMAIN: Apa Yang Dicari?


Karya ini mendapat Geran Malaysiana daripada Perbadanan Kota Buku. Sempena pesta buku antarabangsa PBAKL 2018, e-Buku Kembara Haramaian Bersama Ayah Bonda Tercinta dipamer untuk perlesenan antarabangsa. Mudah-mudahan menarik minat para delegasi luar negara yang menyertai sesi KLTCC; Kuala Lumpur Trade and Copyright Centre.

Mengisahkan seorang anak yang tidak berharta, dipilih Allah SWT menjadi pengiring haji kepada kedua-dua ibu bapa tercinta. Lalu mereka pasrah menyelit diri, di celah-celah lautan manusia yang mengejar Haji Mabrur.

Semalam berlalu
bersama tingkah dan laku
yang engkau kesali.

Hari ini doamu 
ke langit tinggi
menagih rahmat Ilahi.

Pintamu ada usia
menjejak kaki ke Tanah Suci.

Wahai Tuhan
kabulkan segala permintaan.

Hanya dari-Mu kami beroleh 
segala kekuatan.


Simulasi haji, Masjid Jamek, Bota Kanan, Perak.


Mulanya saya teragak-agak untuk hadir.

Ibu di meja makan. Saya mendekati. Kata ibu, puasa pada hari-hari putih hukumnya sunat sahaja. Bulan depan masih boleh puasa. Lagipun, elok kita raikan mereka yang akan pergi haji.

Mereka bakal menjadi tetamu Allah SWT. Sudah tentu mereka dimuliakan Tuhan. Dosa mereka akan diampunkan. Doa untuk diri mereka sendiri akan dimakbulkan. Begitu juga doa mereka kepada sesiapa sahaja.

Sayang hendak membatalkan puasa, tetapi saya akur. Semalam, 1 hb Aprl 2018 adalah hari tamat Kursus Asas Haji Bersiri selama 17 minggu, anjuran Tabung Haji, di Masjed Jamek, Bota Kanan, Perak.

Seawal 8.30 pagi, 220 orang peserta kursus mula berkumpul. Tidak seperti selalu, sebuah kereta pun tidak diparkir di perkarangan masjid. Hanya kelihatan replika Kaabah dan jamrah (tempat melontar). Ada praktikal haji.

Para peserta lelaki hampir semua memakai kain ihram. Rata-rata mereka membeli kain ihram putih berharga RM60 sepasang dengan tenunan berpetak-petak. Kainnya tidak tebal dan tidaklah jarang. Sedang-sedang sahaja.

Pada salah satu bucu kain, ada tulisan jawi “Malaysia” berserta bendera negara.

Para peserta wanita pula semuanya menutup aurat dengan sempurna. Hampir semua mengenakan telekung. Ramai juga berdiri rapat-rapat. Ada juga yang berpimpin tangan; mungkin mereka anak-beranak.

Menariknya, simulasi haji dibuat secara bersungguh-sungguh. Walaupun ini sekadar simulasi, pesan Ustaz pembimbing haji tidak diabaikan.

Seperti di masjid-masjid lain yang menjalankan kursus haji, pesanan ini diulang sejak tahun-tahun sebelum ini.

“Buat yang terbaik seolah-olah sudah berada di Tanah Suci. Insya-Allah apa yang kita usahakan di sini, begitu juga yang akan terjadi ketika di sana nanti.”

Pada saat minda tidak dapat berfikir dengan rasional, kita berpotensi mengikut emosi dan gerak kaki.

Jika kebaikan menjadi amalan, biasa mengikut peraturan dan melakukan yang terbaik, insya-Allah kita masih boleh cemerlang dalam menyempurnakan setiap rukun dan wajib haji, walaupun dalam keadaan kritikal.

Ada juga kejadian di mana seorang bakal haji membuat sambil lewa ketika simulasi.

Arahan Ustaz, “lepas melontar Jamrah Kubra, jalan terus dan belok kanan.”

Kata-kata Ustaz diperlekehkan. Alah, ini kursus praktikal, bukan betul-betul. Sementara orang lain belok kanan, dia pula membelok ke kiri.

Tiba hari sebenar, keadaan yang sama terjadi. Selepas melontar Jamrah Kubra di Mina, orang itu terus membelok ke kiri dan berjalan berbatu-batu; tidak jumpa khemah penginapan.

Manalah hendak berjumpa, laluan itu menghala ke Mekah.

Jika dia terus berjalan hingga bertemu Masjidil Haram, mungkin boleh melakukan tawaf haji dan saei haji. Tetapi dia juga kurang ilmu.

Teringat saya tentang petua daripada seorang pembimbing haji suatu ketika dahulu.

“Di Malaysia, kalau berpusu-pusu di jalan raya, bagi saja laluan. Senangkan orang lain. Tak payahlah nak himpit kereta orang. Insya-Allah bila tawaf di Masjidil Haram nanti, ada banyak laluan kosong untuk kita.”

Memang betul kata Ustaz. Walaupun dalam keadaan bersesak-sesak, ada sahaja ruang depan yang dilapangkan Allah.

Tapi bukan senang hendak melembutkan hati sendiri. Kan. Ibaratnya macam aktiviti berenang. Jika tidak selalu berenang, mana mungkin kita akan menjadi perenang yang bagus.

Semasa berbaris di mana-mana pun begitu juga. Tak payahlah nak berebut-rebut. Nanti kita akan selalu tersenyum di Tanah Suci. Allah akan bayar Cash On Delivery.

Bukankah seronok andai terdetik apa dihati, ada sahaja yang memberi? Baik air minuman, buah-buahan, laluan mudah dan ruang beribadah. Itu baru hal hati terdetik.

Bayangkan andainya segala doa kita dimakbulkan. Ya Allah, seronoknya.

Namun, malang tidak berbau. Berlaku juga perkara-perkara yang di luar jangkaan.

Semasa praktikal melontar, hampir sahaja kepala Ustaz Ibrahim Bin Syaari, pembimbing utama haji, dipenggal batu.

Mujur ada yang bertempik.

Seorang peserta wanita membaling batu dari jauh. Belum sempat pun Ustaz mendekati replika jamrah.

Sebagai pembimbing haji yang bertauliah, Ustaz tidak marah. Malah beliau kesal pula.

Kata beliau, mungkin penerangan beliau sepanjang kursus tidak begitu jelas.

Pantas beliau bergerak rapat ke tebing replika Jamrah Kubra. Cara-cara melontar dengan sempurna segera ditunjukkan.

Jika melontar dari jauh, belum tentu 7 biji batu lontaran, masuk ke dalam lubang jamrah. Jika tidak cukup satu biji yang masuk, dam yang perlu dibayar adalah seekor kambing.

Tambahan pula ketika melontar, para wanita tidak perlu mengangkat tangan hingga terbuka ketiak.

Selepas penerangan itu, bertalu-talu soalan dikemukakan.

Ustaz tidak menghampakan. Malah cuba memberi pencerahan dengan begitu terperinci. Tidak terasa hangat matahari yang mula menyengat.

Para peserta kemudian masuk semula ke dalam masjid. Upacara tamat Kursus Haji Asas Bersiri tahun 1439H disempurnakan oleh YB ADUN Parit.

Ketika berucap, YB sempat berpesan; janganlah menjadi angkuh dan sombong.

Mungkin kita sudah banyak kali pergi umrah, lalu berlaku hebat sehingga semua selok-belok lorong di Mekah semua kita tahu.

Tup-tup selepas tawaf, ada yang tidak nampak jalan keluar.

Hal ini terjadi kepada pihak yang lebih tinggi kedudukannya daripada YB, suatu ketika dahulu.

Sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab, beliau juga menyarankan supaya para bakal haji berdoa sebanyak mungkin.

“Mohonkan juga keselamatan dan keamanan negara. Rugi kalau kita tidak berdoa terutama di tempat-tempat mustajab doa. Janganlah cakap, ya Allah, hari ini doa aku macam semalam saja. Amin.” Begitulah antara kata-kata daripada beliau.

Sebagai peserta kursus, saya tidak puas mendengar amanat daripada YB. Masa begitu cemburu.

Bacaan doa kemudian dipanjatkan sebagai mengiringi para bakal haji.

Tidak ketinggalan doa kepada para peserta yang belum menerima surat tawaran haji mahupun yang masih menunggu giliran haji pada tahun-tahun yang mendatang.

Semoga kita semua dikurniakan dengan Haji Mabrur.

Haji Mabrur adalah tingkatan haji yang tertinggi. Sesiapa yang mendapat Haji Mabrur, dosanya akan diampunkan dan diberi ganjaran syurga.

Sebelum bersurai, para peserta kursus menjamu selera dengan hidangan yang lebih istimewa daripada minggu-minggu sebelumnya.

Suasana semalam menggamit kenangan ketika membantu ayah bonda menyiapkan diri bagi melaksanakan tuntutan haji.

Ya Allah, jemputlah kami ke Tanah Suci lagi. Mudah-mudahan ada peluang bagi kedua-dua ibu bapaku disemadikan di Perkuburan Baqi'.

Amin.